Tuesday 14 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pihak pengurusan sekolah, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua guru, staf sokongan, pekerja swasta dan murid-murid SK Simpang. Sepanjang sambutan Hari Raya dan cuti persekolahan ini, jagalah keselamatan diri serta keluarga. Semoga Hari Raya yang kita sambut pada tahun ini akan diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.

Untuk makluman semua; cuti sekolah akan bermula pada 16 Ogos 2012 hingga 26 Ogos 2012