Tuesday 29 January 2013

JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM / 1 MURID 1 SUKAN / LATIHAN RUMAH SUKAN 2013

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga murid
SK Simpang

Murujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2007 (Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum) dan Bil. 16/2010 (Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan [1M1S] ) Semua murid adalah diwajibkan mengambil bahagian bagi aktiviti-aktiviti tersebut..

Jadual  Aktiviti

Bil.     Sukan / Permainan               Hari                    Masa
______________________________________________________
 1.      Latihan Rumah Sukan          Isnin               5.00 ptg - 6.00 ptg
          (Pluto/ Zuhal Zuhrah)
 2.      Latihan Rumah Sukan          Selasa            5.00 ptg - 6.00 ptg 
          (Marikh / Mustari)
______________________________________________________
 3.     Aktiviti Kokurikulum             Rabu              1.10 ptg - 2.40 ptg
         (Badan Beruniform / 
         Kelab / Persatuan)
         Aktiviti 1M1S                                                 4.30 ptg - 6.30 ptg
         Bola Baling / Sepak
         Takraw dan Olahraga
4.      Aktiviti 1M1S                        Khamis           4.30 ptg - 6.30 ptg
         Badminton / Hoki
5.       Aktiviti 1M1S                       Jumaat            4.30 ptg - 6.30 ptg
         Bola Sepak / Bola Jaring
______________________________________________________ 

Guru Besar,
SK Simpang

Thursday 24 January 2013

Bantuan RM 100 Pelajar mula diagih

Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang yang mula diagihkan mulai 15 Januari 2013.

Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun.

Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.

Seperti tahun 2012, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Bukan setakat sekolah kerajaan sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.

Pengagihan bantuan tersebut dijangka berakhir pada 15 Februari depan bagi memberi laluan kepada pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti mana dijanjikan oleh kerajaan.

- BERNAMA


Majlis Pemberian Bantuan RM100 kepada semua pelajar SK Simpang mula diberi kepada ibu bapa atau penjaga kepada pelajar pada 23 Januari 2013 mulai jam 12.10 tengah hari.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Rosli bin Hussin (ADUN Terong)

Terima kasih dan syukur atas limpah dan kurniaNya. Semoga Malaysia terus aman, dan makmur.