Sejarah Sekolah
Sekolah Asal – Sekolah (1)
Bangunan asal terletak di Jalan kuala Kangsar dan dikenali dengan nama
Sekolah Melayu Simpang. Dibangunkan
kira-kira pada tahun 1890. Saiz sekolah ini ialah 25 kaki X 60 kaki. Bangunan
ini dibahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian diguna untuk bilik darjah
manakala sebahagian lagi dijadikan rumah guru. Jumlah murid ialah seramai 20
orang sahaja. Oleh sebab murid-murid bertambah menjadi 60 orang dalam tahun1895
maka seluruh bangunan ini digunakan sepenuhnya untuk bilik darjah. Sebuah rumah
guru berasingan telah dibina di belakang sekolah ini dan diberi No. JKR
3 (KP :3057). Bangunan sekolah pula diberi No. JKR 2 (KP :3056).
Sekolah ( II )
Sekolah ( II )
Bangunan
sementara dibangunkan kira-kira pada tahun 1937 dan mempunyai 3 bilik darjah. Sekolah ini terletak di Jalan Kampong Dew. Luas sekolah
ini ialah 75 kaki X 30 kaki. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Simpang.
Sekolah ini dirobohkan pada tahun 1962.
Sekolah ( III )
Mula digunakan pada
8 Julai 1962. Sekolah ini mengandungi 5 bilik darjah dan berharga RM27 ,500.00.
Luas sekolah ini ialah 150 kaki X 30 kaki. Dalam tahun 1982, bangunan sekolah
ini telah disambungkan sebanyak 2 bilik lagi yang berukuran 60 kaki X 30 kaki
untuk Bilik Pusat Sumber Sekolah. Bangunan sekolah ini sekolah ini telah
dirobohkan pada 1994
Sekolah (IV) Bangunan 2 Tingkat
Oleh kerana jumlah murid kian
bertambah setiap tahun maka pada tahun 1980 sekolah baru dua tingkat telah
dibina. Bangunan baru ini bertentangan dengan sekolah (III). Bangunan baru ini
telah dirasmikan oleh YB Dato’ Musa bin Hitam SPMJ ,SSIJ Menteri Pelajaran Malaysia pada
24 Januari 1981. Bangunan sekolah ini mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah
bilik guru, bilik Guru Besar dan bilik air ( tandas) serta Bangunan Kantin.
Selain itu, sebuah surau telah dibina
pada tahun 1982. Kos pembinaannya
kira-kira RM5000.00 . Surau sekolah ini telah memberi kemudan kepada guru-guru
dan murid-murid.
No comments:
Post a Comment